Sunday, August 29, 2010

PENYESUAIAN DIRI DI UNIVERSITI~

CARA BELAJAR
-cara terbaik untuk belajar adalah dengan mengadakan  sesi  pembelajaran  secara  berkumpulan (Group Study ), cara tersebut telah terbukti berkesan.




TUGASAN
-Tugasan adalah inti pati wajib ketika di IPT , adakalanya tugasan boleh menjadi kunci untuk mahasiswa mendapat markah keseluruhan yang tinggi.
-Maka mahasiswa perlu tahu cara untuk membuat tugasan iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian sewaktu sesi kuliah dan berkomunikasi dengan pensyarah mengikut waktu rundingan yang telah ditetapkan .




PERGAULAN
-Mahasiswa harus beranggapan yang positif apabila berada di tempat atau destinasi baru tersebut.
-Bersikap peramah tetapi jangan berlebih-lebihan.Ucapan salam dan senyum sudah memadai.

PENGURUSAN MASA~









KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA


Pengurusan masa penting kepada pelajar kerana penggunaan masa yang baik dapat mendisiplinkan diri dalam melaksanakan aktiviti seperti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan di sini adalah kita mesti melakukan jadual harian, contohnya:


1.Masa membaca buku atau mengulangkaji
2.Waktu bermain atau beribadah
3.Waktu menonton televisyen
4.Waktu menyelesaikan tugasan




CARA  MENGURUS  MASA


1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari
2. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya
3. Membuat pembahagian masa untuk setiap aktiviti
4. Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan
5. Disiplinkan diri dengan melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan




TEKNIK PENGURUSAN MASA


1.Menggunakan " Rancangan Bertindak"
2.Menghapuskan tabiat "Suka Bertangguh"
3.Penuhi masa terluang anda
4.Tahu dan pandai untuk mengatakan "Tidak"
5.Merancang jadual waktu belajar dan aktiviti harian

GAYA HIDUP~

Gaya hidup yang sihat dapat ditakrifkan sebagai suatu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada mahasiswa.


-mengamalkan bentuk pemakanan yang seimbang. Mahasiswa tidak sewajarnya mengamalkan pengambilan makanan ringan@segera(berlemak,mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi).


-menjauhi amalan yang membahayakan kesihatan seperti merokok atau meminum arak.


-aktiviti senaman. Mahasiswa perlu sentiasa menjalankan aktiviti riadah seperti bersukan dan berekreasi.


-mengutamakan kebersihan seperti kebersihan diri.


-menjaga kebersihan persekitaran.  Mahasiswa digalakkan mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan keadaaan sekeliling.

PENGURUSAN KESIHATAN MELALUI SUKAN DAN RIADAH~

-  Kecergasan diri dapat ditingkatkan melalui aktiviti sukan dan riadah."Badan cergas,otak cerdas".Oleh yang demikian,mahasiswa dan mahasiswi harus menjalani dan mengamalkan aktiviti sebegini bagi membina jati diri seorang pelajar.




-  Mahasiswa dan mahasiswi perlu mempunyai stamina dan tubuh badan yang sihat bagi menjalani kehidupan yang selesa di universiti.Bersenam merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan.


-   Kehidupan di universiti turut menyebabkan mahasiswa dan mahasiswi selalu mempunyai tekanan jiwa yang besar . Maka sukan dan riadah boleh menjadi salah satu langkah untuk  mengatasi tekanan jiwa. Dengan itu , sukan dan riadah dapat memastikan mahasiswa dan mahasiswi sihat dari segi mental dan fizikal .

PENGURUSAN STRES~

-Sebilangan pelajar  IPT berasa stress atau tertekan apabila mereka dihujani  dengan pelbagai tugasan yang diberi oleh pensyarah.


-   Mahasiswa di IPT perlu bijak menguruskan stress melalui corak pembelajaran yang teratur.


-   Setiap pelajar perlu sentiasa berfikiran positif dan bertindak dengan rasional sekiranya mendapat tugasan daripada pensyarah.


-   Mahasiswa harus mengelakkan diri daripada  membuat tugasan pada saat akhir.


-   Ini adalah kerana tugasan yang dilakukan pada saat akhir juga biasanya tidak mempunyai kualiti dan mutu yang sepatutnya kerana ia dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa.

PENGARUH CINTA~

-    Pengaruh cinta di kampus memberi kesan terhadap pencapaian akademik dan sosial mahasiswa dan mahasiswi,secara tidak langsung akan mempengaruhi tahap motivasi mereka.


-Keadaan ini disebabkan oleh kekuatan cinta itu sendiri yang boleh menggerakkan tahap pencapaian seseorang individu


-    Kekuatan cinta yang positif terbukti mampu melahirkan individu yang berjaya, manakala cinta yang membawa kepada kelekaan dan keseronokkan semata-mata,mampu memalapkan masa depan individu berkenaan.


-    Oleh yang demikian akibat terlalu kemaruk dengan cinta di menara gading, maka mahasiswa dan mahasiswi berkebarangkalian akan leka dalam pembelajaran, secara tidak langsung akan mempengaruhi tahap motivasi mereka.


-    Oleh itu, para pelajar haruslah menghindarkan diri daripada pengaruh cinta, agar tumpuan dapat difokuskan terhadap pelajaran. Dengan itu , tahap motivasi mahasiswa dan mahasiswi dapat ditingkatkan secara tidak langsung .

KOMUNIKASI~













DEFINISI KOMUNIKASI
Proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Komunikasi juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.


HALANGAN KOMUNIKASI
1.  Persediaan yang tidak mencukupi kepada pihak penghantar sehingga menyebabkan mesej yang disampaikan kurang jelas.
2. Pemilihan perkataan yang kurang tepat dan terlalu umum yang mengundang tafsiran berbeza-beza mengenai perkataan.


CARA-CARA KOMUNIKASI BERKESAN
Bersama pensyarah:
1.  Fahami gaya kerja pensyarah anda.
2.  Tunjukkan rasa hormat dan penghargaan.
Bersama  rakan :
1.   Memulakan perbualan terlebih dahulu.
2.   Menerima perbezaan budaya serta bahasa rakan anda.

-Oleh itu,komunikasi yang baik di antara pelajar dengan pensyarah serta pelajar dengan pelajar mampu meningkatkan motivasi seseorang pelajar itu sendiri untuk belajar di universiti.

PENGURUSAN KEWANGAN~





Tip-tip mengurus dan mengguna wang dengan cekap dan berkesan:


1)Rancang perbelanjaan- catat perbelanjan agar tidak melebihi anggaran dan beli hanya apa yang perlu dan bukan apa yang mahu.


2)Berbelanja ikut kemampuan-ukurlah baju di badan sendiri, elakkan beli barang-barang yang terlalu berjenama,semata-mata mahu mengikut gaya hidup mewah yang diamalkan oleh rakan-rakan.


3)Pastikan sentiasa mempunyai wang di tangan-elakkan belanja wang di tangan sehingga kehabisan kerana wang yang ada di tangan digunakan untuk kecemasan.


4)Jangan meminta sesuatu di luar kemampuan ibu bapa- elakkan membohongi mereka semata-mata ingin mendapatkan wang, tidak berkat.




Oleh itu, pengurusan  wang dengan bijak amatlah penting kepada semua orang, terutamanya pelajar kerana ia akan menentukan hala tuju masa depan yang cerah dan kenikmatan hidup di kampus pula dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Selamat mencuba!!!






KESIMPULAN~




Bukan semua orang mempunyai peluang untuk masuk ke universiti. Ketika kita masih merungut kenapa kita masuk “universiti hutan”, betapa banyak lagi orang yang menangis-nangis kerana gagal untuk masuk ke universiti.Terdapat pelbagai cabaran seperti pelajaran, percintaan, kekeluargaan, kewangan, dan sebagainya menanti di universiti. Namun,cabaran inilah yang akan mengindahkan kehidupan setiap pelajar di universiti. Peluang memasuki universiti hanya sekali sahaja, jadi nikmatilah setiap saat di sini, biarlah segala kenangan manis dan pahit di universiti tersimpan dalam hati buat selama-lamanya.